Sunday, October 18, 2009

~SYAFAWI QIRAAT DITUNDA~

SALAM...
TO SMUA GENG2 AQSO...
TOK MKLUMAN KALIAN.....
SYFWI SUBJEK PGJIAN QRAAT (PPPN 2433)DITUNDA KE TARIKH N HARI LAIN....
(POSTPONE)
BARU JE HUBUNGI USTAZ TP USTAZ PESAN USTAZ AKAN TMPAL ANOUCE BILA TARIKH SYFWI YG BERIKUTNYA,......

HARAP DPAT MKLUMKAN TO KWN2 Y LAIN....
TOK MKLUMAN TRKINI....
RJIN2 LA BKK BLOG AQSO NI....
TQ TO SMUA KWN2 Y SUDI VIEW......
SALAM IMTIHAN N GOOD LUCK TOK FINAL NI!!

ASMNT PGJIAN QRAAT JGN LUPA BUAT YE...
ANTA SHRI SBLM EXM PGJIAN QRAAT...TU PLG LWAT ANTA....


DO DA BEST AMONG DA BEST....
BUKTIKAN DAN TNJUKKAN SEMUA ILMU YG TELAH D PLJARI SLMA NI DLM FINAL NI......
MHON MAAF TO SMUA KWN2 SKRANYA AD TRSALAH KATA N TRSILAP LAKU OR PPE JEK.....
DOAKAN KJYAAN KITA BRSAMA....
SMGA ALLAH MMBRKATI KITA SMUA....
SMGA D PMUDAHKAN SGLA URUSAN!!

SBRG PTNYAAN TNTG SYFWI CNTCT JE UST SABRI TRUS K....
SLMAT MJU JAYA....
ASSALAMUALAIKUM....^,^
BY PNUT.

Leia o post completo...

Monday, October 12, 2009

~ GAMBAR JABATAN ~

SALAM....
TO SMUA KWN2 YG AD BOOK PIC JBTN KITE,
NTI AKN DMKLUMKAN BILA BLH AMBIL...
YG DA BOOK X BLH CNCEL DA TW...CZ DA PRINT PICNYA.....
HARAP NTI KLW DPAT MSJ TOK AMIK PIC TU,
MNTA KJSAMA KWN2 HEBAHKAN TO KWN2 Y LAIN.....

MKLUMAN TO SMUA KWN2...
NSET KITE (SHAFINAZ) BARU HILANG,Y NO CELCOM TU...
JADI KITA NAK MNTAK MAAF KLW AD MSJ2 N PTNYAAN2 YG X TRBALAS .....
HARAP DPT HUBUNGI KE NO MXS: 0172332769

SMOGA KWN2 DPAT PLIH MODUL YG TRBAIK WAT DRI SNDRI...
KLW KNFIUS,WAT SMYG ISTKHRAH AGR DPAT PTNJUK....
K...GOOD LUCK IN FINAL EXAM....
ASSALAMUALAIKUM...

Leia o post completo...

Friday, October 9, 2009

agak penting jugak ini!!


kepada sahabat2 al-qur'an dan sunnah...
yang tak mndftr lagi sebagai ahli aqso.
Sila la mendaftarkan diri anda dan yuran ahli salasah rinjitan....
dftr dkt kak mai atau kak atiyya....
kenal k??...hahahahaha..
wat la proses mencari ye....

Leia o post completo...

Tuesday, October 6, 2009

mEncipta Logo aqsO......by admin



kepada sahabat2 yang dikasihi.....
dialukan kepada anda semua..
x kira sebaya, kakak, abg, adik ataupun tuan/puan...
marilah mencipta logo aqso..
free je..
juz pinjam masa sahabat sekejap...

syarat-syarat:
1)warganegara aqso..
2)berumur dalam lingkungan 100 tahun kebawah..
3)tidak meniru atau menciplak hasil kerja orang lain...
4)baligh dan berakal
5)yang paling penting adalah menarik dan bermakna...

yang terbaik akan dipilih....
boleh la hantarkan karya anda pada email ini...hOnEy51289@yahoo.com

Leia o post completo...

Sunday, October 4, 2009

PERUTUSAN........

Perutusan
Oleh Muhamad Nur Adzim bin Amran
04 Oktober 2009

Bersederhana dalam tindakan.


Islam adalah agama yang sederhana. Sangat sederhana. Sederhana ajarannya, sederhana pembawaannya dan sederhana dalam semua aspek.

Maka, saya ingin menyeru supaya kita semua bersederhana dalam setiap tingkah dan gerak hidup kita. Bersederhana dengan erti kata tidak terlalu memberatkan dan tidak terlalu meringankan sesuatu. Bersederhana dengan tidak terlalu menyusahkan dan tidak terlalu memudahkan. Dengan erti kata lain,marilah kita bersama menjadi golongan pertengahan, seperti mana yang kita selalu tahu firman Tuhan, bahawa kita adalah golongan pertengahan.

Kita sebagai pelajar, tugas utama kita, dari sudut manapun, adalah belajar. Belajar dengan erti kata menghadiri kuliah dan tutoran, membuat tugasan dan kajian, menduduki peperiksaan dan lain-lain. Maka, bersederhanalah dalam belajar. Bersederhana bukan bererti mendapat 2.0, pertengahan antara 0.0 dan 4.0, tetapi bersederhana dengan berusaha mencapai setinggi-tinggi kejayaan, dengan cara yang mudah dan berkesan. Janganlah kita belajar sahaja sehingga melupakan tanggungjawab kita kepada agama dan masyarakat. Janganlah kita belajar sahaja sehingga mengabaikan kesihatan. Janganlah kita belajar sahaja sehingga melupakan segala-galanya. Begitu juga, janganlah kita sambil lewa, ambil tidak kisah, membiarkan kawan sahaja membuat tugasan, menciplak hasil tugasan dan sebagainya. Janganlah berpersatuan (sebagai contoh) sehingga keputusan peperiksaan merudum.

Jadilah seorang pelajar yang moderat, berani, bijak, cekap dan berperibadi mulia. Jadilah pelajar yang all around, yang mampu diketengahkan dalam apa jua bidang sekalipun.

Itu bersederhana sebagai pelajar. Saya juga ingin menyentuh makna bersederhana daripada satu sudut lagi, satu sudut yang lain. Bersederhana dengan erti kata tidak taksub. Sedarkah kita bahawa taksub adalah antara musuh utama kepada kesederhanaan. Taksub dengan erti kata kita berpegang kepada sesuatu tanpa membuat penilaian yang munasabah dan kritis.

Oleh itu, marilah kita sama-sama membuang perasaan taksub dalam diri kita. Janganlah kita taksub dengan diri kita, taksub dengan pemikiran dan pandangan kita, taksub dengan parti kita, taksub dengan pertubuhan dan organisasi kita. Marilah kita cuba mendengar kata orang, mendengar nasihat orang, mendengar kritikan orang, mendengar dan meneliti idea orang lain, dan marilah kita cuba untuk duduk berbicang dengan orang lain. Janganlah kita menjadi seperti kata orang Kelantan, “Keras keng.”

Izinkan saya untuk menyentuh secara terperinci dalam masalah ini. Maafkan andai ada yang terasa. Marilah kita bersederhana dengan pembawaan kita, dengan gerak kerja kita. Marilah kita untuk membuang perasaan taksub. Janganlah kita taksub kepada Aqso atau Jannah. Janganlah kita taksub dengan ISI, Mahasiswa atau Aspirasi. Ya, kita berhak mempunyai pandangan kita masing-masing. Tetapi, kita perlu sedar bahawa orang lain juga berhak mempunyai pandangan, misi dan cara mereka yang sendiri. Kita berhak memperjuangkan idea dan gagasan pemikiran kita. Begitu juga orang lain. Maka, taksub hanya akan membutakan mata kita kepada hakikat ini. Apabila kita taksub dengan idea kita, kumpulan kita, kita akan bermusuhan dengan dengan lawan kita. Saya banyak melihat perkara ini, bahawa ketaksuban telah menyebabkan banyak terjadi huru hara.

Namun, saya juga berpegang bahawa kita mesti taksub dengan kebenaran. Taksub dengan erti kata, kita perlu menggigit kebenaran dengan gigi geraham kita. Maka, dari manapun kebenaran itu datang, kita perlu menyokong, membantu dan memenangkan kebenaran itu (walaupun pada hakikatnya, tanpa kitapun, kebenaran akan tetap menang). Namun begitu, taksub dengan kebenaran bukanlah bererti apabila kita berada dipihak yang benar, kita boleh berbuat apa sahaja. Ya, kita perlu mempertahankan dengan kebenaran. Tetapi, bukan hanya ada satu cara mempertahankan kebenaran. Hari ini, saya melihat (mungkin saya salah), ramai yang memperjuangkan kebenaran dengan begitu keras sekali sehingga sampai kepada satu tahap, orang menjadi benci kepada kebenaran, hanya kerana cara pembawaan yang salah.

Berjuanglah dengan cara yang sederhana. Kita ada contoh yang paling baik, ikutan sepanjang usia umat, Nabi Muhammad s.a.w. Kita harus melihat bagaimana Allah S.W.T melarang baginda mencerca kebatilan apabila baginda membawa kebenaran. Lihatlah bagaimana Allah S.W.T melarang Nabi mencerca berhala, nanti mereka mencerca Tuhan pula. Ya, hari ini, orang mencerca kebenaran, hanya kerana kita yang membawa kebenaran terlalu banyak sangat mencerca orang lain.

Lihatlah bagaimana baginda Nabi menggigit kebenaran. Lihatlah bagaimana baginda Nabi membawa dan memperjuangkan kebenaran. Baginda tidak pernah taksub. Termasuk dalam taksub juga, terlalu keras dalam perjuangan. Tuan-tuan, dalam Islam, ada perkara yang kita perlu keraskan, dan ada perkara yang kita boleh fleksibelkan. Berjuanglah dengan melihat persekitaran, suasana dan keadaan. Apa yang boleh kita fleksibelkan, mengapa kita terlalu memayahkan. Nabi mencelakakan orang yang merumitkan.

Saya tidak berkata kepada sesiapa. Saya cuma menyeru supaya kita bersama-sama bersederhana dalam setiap tindakan kita. Berfikir, menilai, kemudian, baru bertindak. Bertindaklah di atas dasar kebenaran.

Bercakap tentang dasar kebenaran, suka saya menyebutkan sekali lagi, kita perlu mengambil kebenaran, walaupun daripada mana datangnya. Ya, kita tidak akan selamanya berada dalam kebenaran. Hanya Allah dan Rasul yang selamanya benar. Maka, bila kita disanggah dalam sesuatu perkara, cuba duduk dan renung sejenak, di mana kebenaran antara sanggahan tersebut. Jika kebenaran ada pada kita, ayuh, terus maju. Tetapi, jika ternyata kita salah, senyum, dan terimalah hakikat, kita ini cuma manusia biasa. Hanya insan biasa. Apa salahnya untuk kita bersikap seperti itu? Bila kita mendapati bahawa kebenaran ada pada musuh kita, mengapa kita keberatan untuk mengaku. Mengapa?

Bersederhana juga perlu dalam membuat komentar dan kritikan. Ya, kita selalu suka mengkritik. Ya, sebab kita berjiwa besar dan sentiasa mahu kebenaran berada di atas segalanya.

Namun, bersederhanalah. Bagaimana? Janganlah dengan kritikan kita itu akan membawa lebih masalah, membawa musibah yang lebih besar. Janganlah dengan kritikan kita, berlaku permusuhan, pergaduhan, kecil hati, terasa hati dan sebagainya. Islam menggariskan bahawa, kritikan haruslah dilakukan secara peribadi, ditempat sunyi. Kritikan tidak boleh menjatuhkan air muka.

Banyak lagi yang boleh diperkatakan, namun saya juga harus bersederhana dalam penulisan ini....hehehe...sudah tentu tulisan ini banyak kelemahannya, namun, harus difahami bahawa tujuan penulisan ini tidak lain, hanya untuk menyeru kepada satu sikap yang lebih sederhana dikalangan kita.

Akhir kata, bersederhanalah dalam agama. Sesungguhnya, tidak beruntung orang yang terlalu memberatkan dan terlalu meringankan.

Ya Allah, aku tidak meminta nikmat yang lebih banyak, tetapi, berilah kepadaku kebijaksanaan yang lebih besar, agar aku dapat menggunakan nikmat-Mu dengan cara yang lebih baik.


-komen dan cadangan membina amat dialu-alukan-

Leia o post completo...

..sejenak bersama di hari terbuka AQSO...

Alhamdullillah...akhirnya program open house AQSO berjalan dengan lancar, terima kasih atas komitmen sahabat-sahabat AQSO ( pesanan drp penaja )...

Program yang sepetutnya bermula pukul 5 ditangguhkn ke pukul 5.30 krn sbb2 yg xdpt nk diknl pasti..SahabatMusleem...majlis dimulakan dgn bacaan ayt suci Al-Qur'an oleh saudara Farhan..( merupakan kwn Khalil yg blaja di Mesir )...





Seterusnya...adalah permainan kotak beracun..erm..part ni mmg best...SahabatMusleem...rmi sahabat2 kita yg menonjolkn bakat diaorg....SahabatMusleem....ade yg kna berlakon..




..kena nyanyi lgu raya versi kelate...kna wt iklan hr raya..kna tnjuk cr kacau dodol...kna wt lawak versi rya...kna brlakon jd suami istri yg nk blk kg tuk braye..n mcm2 lg lah..( nk citer sumer xlarat la plak..ehe..)..

Haaa..lps permainn slesai...tiba lak ms tuk pencalonan AJK AQso...yg ni xyh citer pjg...tp papepun kpd yg menerima jwtn...terimalah dgn hati yg redha n ikhlas...tahniah semuanya....

Hermmmmmm...tibalah ms yg dinantikn..msk tuk mkn...sumenyer nmpk kelaparn..hehe...


sukenyer sahabat kita dpt mkn...ehe..SahabatMusleem


ni cam marah xcukup mknn jekkk....SahabatMusleem....

smbl2 makan...cik hani kita meneruskan prmainan sambung lirik n smbg kata-kata...n then cabutan bertuah....sume sahabat2 kita bertuah...huhu...

....slesailah sudah satu majlis yg xbrp rasmi ni...pnls mgharpkn agar ukhwah kita smua kekal smpi brkhwin..smpi beranak...berpinak...SahabatMusleem...aminnnn...



separuh bdk2 laki AQSO.....


aksi pe ntahhh....


wajah.wajah muslimat.....



senyumlah kerana senyum itu indah....SahabatMusleem

Wassalam.....

Leia o post completo...

...OPEN HOUSE AQSO.....

HARI : JUMAAT ( ESOK ) bersamaan 2 OCTOBER 2009
MASA : 5 PTG
TEMPAT : DI LUAR DEWAN DK2 FPI

Diharap sahabat2 AQSO dapat hadir bagi memeriahkan majlis aidilfitri ini...

p/s : makanan disediakan......
kalau tak keberatan, sila..silalah bawa kuih atau biskut yang masih berbaki kat kolej 2....


wassalam....

Leia o post completo...