Saturday, April 3, 2010

Bittaufiq wa najah Fi Imtihan....


fighthing.....!!!!!!!!!!!

Leia o post completo...

Motivasi di kala EXAM..!!!

Rabu , 17/03/2010 – Pegawai Fatah Marwan Al-Barghouti, 50, yang dikenakan hukuman lima kali penjara seumur hidup di sebuah penjara Israel telah menamatkan pengajian kedoktoran dalam bidang sains politik, menurut sumber Palestin.

Al-Barghouti adalah di antara beberapa ratus tahanan Palestin di penjara Israel yang telah mendaftarkan diri di universiti-universiti di seluruh dunia, termasuk di Israel sehingga membolehkan mereka menyelesaikan pengajian mereka secara online.

Pada tahun 1999, tiga tahun sebelum beliau ditahan oleh Israel, beliau diterima Universiti Kaherah dan Akademi Penyelidikan dan Pengajian Arab, juga di Kaherah. Tesis kedoktoran Al-Barghouti berjudul “Prestasi Perundangan dan Politik Majlis Perundangan Palestin dan Sumbangan kepada Proses Demokrasi di Palestin sejak 1996 hingga 2008.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz


dipetik dari : http://palestinkini.info

Leia o post completo...

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur


Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)

copy daripada iluvislam

Leia o post completo...

Friday, November 13, 2009

ma'a salamah....



syukran n jumpa lagi sem dpn...
dgn penuh aktiviti n x merugikan jika sahabat join...

sebarang komen atau cadangan...
boleh terus jumpa dgn barisan pimpinan aqso ye..
jgn malu atau segan..
kita adalah satu keluarga.

Leia o post completo...

Saturday, November 7, 2009

tErjah!!


Alhamdulillah...tercapai hasrat nak berenang dlm tasik ni...
dan ini merupakan
tempat sasaran aqso tuk bbq..hehehehe..


brp bnyk kali dah tukar tempat bakar ni..dari kat rumput sampat naik atas ni..


ehmehm....ni kes perut cm tasik tadi je ni..


ni masalah ni...diorg suka bergambar..huhuhu

banyak lagi gambr2 yg tak di masukan lagi..tunggu episod akan dtg..tq wa syukran kpd sahabat2 yg dtg n hampir nak dtg n sbgnya...


dr kami,aqso0....

Leia o post completo...

Tuesday, November 3, 2009

BBQ


dengan kerjasama pihak terbabit,
maka...

AQSO melancarkan prOgram BBQ...
jOm kita sama2 jOin wahai sahabat2..

dtg tau!
dkt tasik kejut...
sabtu 7.11.09 jam 8pg..
respon msj kat 0133152089 before pagi khamis(8.00pagi, 5.11.09)

Leia o post completo...

Sunday, October 18, 2009

~ NAK ORDER GAMBAR JABATAN LG??~

SALAM...
TO KWN2 AQSO YG MNYESAL CZ BLI SIKIT SGT PIC JABATAN Q.S KITE RITU,
ANDA BLH WAT TMPAHAN GMBAR SEKALI LG SKIRANYA BERKENAN....

BLH TRUS MSEJ KITA N GTW NAK ORDER Y MNE 1...
SBRG PTYAAN LEY MSJ OR CALL TRUS....
SEKIAN....
HARAP MAKLUM...

by..syafinaz

Leia o post completo...